Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Kampung Gentam merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Kuala Pilah.
Berkeluasan kira-kira 120 ekar atau 4 km persegi yang bermula dari bahagian tepi Sungai Muar (bersebelahan pekan lama Kuala Pilah) sehingga simpang tiga Kampung Beting
(berhampiran kubur cina). Majoriti penduduk adalah dari kaum Melayu yang kebanyakannya menjadi petani (menanam getah dan kelapa sawit) dan kakitangan kerajaan dan swasta.
Kampung Gentam sebenarnya telah wujud kira-kira 2 abad yang lalu iaitu bermula pada tahun 1860 lagi. Ianya dibuka oleh orang-orang Minang dari Minang kabau yang diketuai oleh
seorang lelaki tua (dikatakan secara lisan berusia 60 tahun pada masa itu) iaitu Gentam. Beliaulah yang mengarahkan agar penempatan dibuat disitu dengan asalnya menanam
padi kerana berdekatan dengan sungai. Ini kerana padi merupakan makanan rutin yang penting pada masa itu. Beliau turut membawa lebih ramai penghijrah dari Minangkabau
(Pagar Ruyung Sumatera) setelah didapati ianya berhasil. Penghijrah ini kemudian telah bermukim disini dan melahirkan ramai zuriat dan akhirnya kekal menjadi penduduk
tetap kampung ini.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PROGRAM MEWARNA KEMERDEKAAN BERSAMA TABIKA KEMAS KG GENTAM
Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023Program bulanan bersempena bulan kemerdekaan yang bakal tiba tidak lama lagi, 31 Ogos 2023...baca selanjutnya
KUNJUNGAN & TAKLIMAT WAKIL PERKESO KE PEDI KAMPUNG GENTAM
Aktiviti Terkini | 6 Julai 2023Pengurus PEDi Kg Gentam telah menerima kunjungan dari wakil PERKESO Seremban, Pn Liyana berkenaan taklimat kolaborasi antara PERKESO dan PEDi Kg Gentam...baca selanjutnya
KELAS DEMONSTRASI MASAKAN PUDING & KELAS SUNTINGAN VIDEO CAPCUT ANJURAN KEMAS & PEDI KG GENTAM
Aktiviti Terkini | 22 Jun 2023Program ini merupakan kolaborasi PKK Kg Gentam bersama-sama PEDi Kg Gentam dan telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta...baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA PETUGAS JABATAN PENDAFTARAN NEGERI SEMBILAN
Aktiviti Terkini | 24 & 25 Mei 2023Program KDB berlangsung selama dua hari iaitu pada hari Rabu & Khamis dan melibatkan penglibatan seramai 70 orang petugas Jabatan Pendaftaran, 8 orang petugas PEDi kluster Kuala Pilah & Tampin...baca selanjutnya
PROGRAM EDARAN SIM KAD PAKEJ REMAJA KEPADA PELAJAR SEKOLAH DUN SIKAMAT
Aktiviti Terkini | 12 April 2023Program ini merupakan program pengedaran Sim Kad Pakej Remaja kepada seramai 141 orang pelajar sekolah yang terpilih di Dun Sikamat...baca selanjutnya
PROGRAM CUTI SEKOLAH PEDI KAMPUNG GENTAM
Aktiviti Terkini | 9, 10 & 17 Mac 2023Program bagi mengisi kekosongan jadual cuti sekolah bersama-sama dengan ahli PEDi Kg Gentam...baca selanjutnya
PROGRAM CELIK ABC BERSAMA TABIKA KEMAS KAMPUNG GENTAM
Aktiviti Terkini | 16 Februari 2023Program dimana menguji tahap penguasaan pelajar tabika kemas berkenaan huruf & nombor...baca selanjutnya
KUIZ SILANG KATA KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA AHLI PEDI KAMPUNG GENTAM
Aktiviti Terkini | 13 Januari 2023Kuiz ini dijalankan bagi mengulangkaji semula topik-topik penting di dalam program Klik Dengan Bijak...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya