Jamuan Hari Raya Pi1M Kg Gentam

26 Julai 2015

Bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri 2015, Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam telah mengadakan aktiviti jamuan Hari Raya bagi meraikan ahli-ahli yang telah mendaftar bersama Pi1M. Jamuan telah diadakan di perkarangan Pi1M Kg Gentam dan dihadiri seramai lebih kurang 25 orang ahli yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Tujuan dan matlamat utama majlis jamuan adalah bagi meraikan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri serta mempromosikan Pi1M kepada masyarakat sekitar selain dapat mengeratkan silaturahim antara petugas Pi1M dan ahli komuniti Pi1M Kg Gentam khasnya. Selain daripada itu, dengan penganjuran program ini diharap dapat menarik minat komuniti setempat bagi mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh Pi1M Kg Gentam di masa akan datang.

Berikut merupakan gambar sepanjang program dijalankan:

Kehadiran ahli-ahli sebelum jamuan berlangsung

Suasana ketika jamuan berlangsung di perkarangan Pi1M Kg Gentam



kembali ke halaman utama