Program Celik IT Kanak-Kanak

29 Mei 2015

Pada 29 Mei 2015 iaitu pada hari jumaat, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gentam telah menganjurkan sebuah aktiviti iaitu Program Celik IT kanak-kanak bersama para pelajar Tadika Kemas Kg Gentam, Kuala Pilah. Tujuan utama program ini adalah bagi mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia terutama kepada golongan kanak-kanak.

Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak berkaitan komputer dengan lebih dekat. Pelajar-pelajar ini juga berpeluang menggunakan komputer dengan bantuan petugas-petugas Pi1M. Selain daripada itu, pertandingan mewarna juga telah diadakan dan tiga pelajar telah dipilih sebagai pemenang dan program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Berikut merupakan gambar sepanjang program dijalankan:

Penerangan diberikan oleh petugas Pi1M dan pelajar berpeluang menggunakan komputer bagi melakukan tutorial

Para pelajar mewarna lukisan yang diberi

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang

Tempat Pertama: Nursakila Bt Abdullah
Tempat Kedua: Farisha Irdina Bt M.Azli
Tempat Ketiga: Nurain Bt Abdullah

kembali ke halaman utama