Latihan Aplikasi MOVes KOSPEN 2.0 Peringkat Daerah Kuala Pilah

03 November 2015 | 2015

Pada 3 November 2015, bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam telah diadakan Latihan Aplikasi MOVeS KOSPEN 2.0 peringkat daerah Kuala Pilah anjuran Pejabat Kesihatan daerah Kuala Pilah.

Latihan Aplikasi MOVeS KOSPEN 2.0 ini merupakan program kedua yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan daerah Kuala Pilah di Pi1M Kg Gentam. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk memberi latihan dan penerangan kepada para peserta berkaitan aplikasi yang digunakan oleh sukarelawan KOSPEN di lokaliti masing-masing. Seperti latihan pada bulan Ogos yang lepas, para peserta yang hadir terdiri daripada golongan dewasa termasuk juga warga emas. Menerusi aktiviti ini, petugas-petugas Pi1M Kg Gentam dapat membantu para fasilitator mengajar dan menerangkan cara penggunaan komputer dan internet dengan betul kepada para peserta.

Berikut merupakan gambar sepanjang latihan aplikasi dijalankan:



kembali ke halaman utama