Program Kenali Pi1M Bersama JKKK

15 & 22 November 2015

Program kenali Pi1M bersama JKKK merupakan perjumpaan rasmi pertama yang dianjurkan oleh petugas-petugas Pi1M Kg Gentam bersama JKKK Kg Gentam dan JKKK Kg Kuala Gentam. Program yang diadakan secara berasingan ini bertujuan untuk memberi penerangan berkaitan Pi1M selain dapat mengeratkan silaturrahim diantara petugas-petugas dan juga ahli JKKK.

Program ini merupakan salah satu langkah permulaan bagi mempromosikan Pi1M kepada ahli JKKK khasnya. Sepanjang program berlangsung, pelbagai usul dan cadangan yang telah dikemukakan oleh setiap ahli yang hadir. Ini sedikit sebanyak dapat memberi idea kepada pihak pengurusan Pi1M Kg Gentam dalam merancang program-program yang bakal diadakan bersama penduduk-penduduk Kg Gentam dan Kg Kuala Gentam khasnya. Ucapan ribuan terima kasih kepada ketua-ketua kampung iaitu En Razman bin Matsil dan juga En Razale bin Zakaria diatas kerjasama yang diberikan sepanjang program berlansung dan tidak lupa juga kepada ahli-ahli JKKK yang hadir.

Berikut merupakan gambar sepanjang program dijalankan:



kembali ke halaman utama