Program Explore Klik Dengan Bijak (KDB)

25 Oktober 2015 | 2015

Klik Dengan Bijak (KDB) merupakan inisiatif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertujuan bagi membudayakan penggunaan internet secara positif di kalangan rakyat Malaysia.

Program ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli Pi1M Kg Gentam berkenaan penggunaan internet secara selamat dan berhemah. Selain itu, program ini juga diharap dapat memberi kesedaran kepada para peserta agar lebih berhati-hati apabila menggunakan internet bagi segala jenis urusan. Kami juga berkongsi tip-tip keselamatan ketika melayari internet melalui video-video 'Klik Dengan Bijak' yang terdapat di internet.

Ketika program berlangsung, pelbagai aktiviti berkaitan 'Klik Dengan Bijak' telah dijalankan dan antara aktiviti yang dijalankan ialah:

a) Taklimat dan panduan keselamatan melayari internet
b) Tontonan video 'Klik Dengan Bijak'
c) Melukis Logo 'Klik Dengan Bijak'
d) Jigsaw Puzzle 'Klik Dengan Bijak'
e) ICT Crossword
f) Mencipta perkataan melalui word B.I.J.A.K
g) B.I.J.A.K Kata

Berikut merupakan gambar sepanjang program explore KDB dijalankan:



kembali ke halaman utama