Latihan Aplikasi MOVeS KOSPEN Peringkat Daerah Kuala Pilah

10 Ogos 2015

Latihan Aplikasi MOVes KOSPEN dengan kerjasama Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan ini bertujuan untuk memberi latihan kepada ahli-ahli KOSPEN daerah Kuala Pilah mengenai aplikasi MOVeS dibawah kendalian Kementerian Kesihatan Malaysia. Selain itu, dengan penganjuran aktiviti seperti ini, sedikit sebanyak dapat mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti-komuniti setempat terutamanya di sekitar daerah Kuala Pilah.

Sepanjang latihan berlangsung, dapat dilihat bahawa peserta-peserta yang terlibat kebanyakkannya dari golongan warga emas dalam lingkungan umur 45-55 tahun. Jadi, menerusi aktiviti ini, ia dapat memberi pendedahan tentang penggunaan komputer kepada komuniti terutama bagi golongan warga emas. Peserta-peserta yang terlibat dalam aktiviti ini merupakan pengerusi-pengerusi KOSPEN di daerah Kuala Pilah. Sebelum aktiviti latihan bermula, pengurus Pi1M Kg Gentam telah memberi sedikit taklimat dan penerangan berkaitan Pi1M dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada komuniti setempat.

Berikut merupakan gambar sepanjang program dijalankan:

Kehadiran pegawai-pegawai perubatan dan pengerusi KOSPEN daerah Kuala Pilah serta sarapan pagi

Sesi latihan di training room bermula dengan taklimat mengenai Pi1M oleh Pengurus Pi1M Kg Gentam

Sesi latihan di Cyber Hall dikendalikan oleh pegawai-pegawai perubatan

Petugas Pi1M Kg Gentam bersama pegawai-pegawai perubatan serta pengerusi KOSPEN daerah Kuala Pilah



kembali ke halaman utama