Sambutan Bulan Kemerdekaan

28 - 30 Ogos 2015

Bersempena dengan sambutan bulan kemerdekaan yang ke-58, Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam telah mengadakan pelbagai aktiviti bagi meraikan sambutan bulan kemerdekaan dan antara aktiviti yang diadakan adalah seperti pertandingan mewarna, bijak sudoku, melukis poster & tayangan filem Tanda Putera.

Antara peserta yang terlibat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan adalah pelajar tadika kemas Kg Gentam dan juga ahli-ahli yang berdaftar bersama Pi1M. Diharap dengan penganjuran aktiviti seperti ini sedikit sebanyak dapat mewujudkan kesedaran terutama kepada golongan belia mengenai kemerdekaan.

Berikut merupakan gambar sepanjang program dijalankan:

1. Pertandingan Mewarna Kemerdekaan

2. Pertandingan Melukis Poster Kemerdekaan

3. Bijak Sudoku

4. Tayangan Filem Tanda Putera



kembali ke halaman utama