Program Lawatan Sambil Belajar KOSPEN Kg Som, Pahang

05 Mac 2016

Pada 5 Mac 2016, Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam telah dijadikan sebagai pusat hentian lawatan sambil belajar KOSPEN Kg Som, Pahang. Tujuan kedatangan mereka adalah bagi mendengar taklimat dan penerangan berkaitan cara penggunaan internet dalam mengumpul data komuniti dan cara memasukkan data melalui kaedah yang dilakukan oleh wakil sukarelawan KOSPEN.

Selain itu, wakil KOSPEN Kg Som, Pahang diberikan peluang untuk belajar dan menggunakan sendiri applikasi MOVeS di Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam dalam melakukan segala aktiviti-aktiviti yang melibatkan penyertaan KOSPEN. Majlis turut dihadiri oleh YB Dato' Mohammad Razi Kail, Adun Juasseh dan juga staff-staff pejabat kesihatan daerah Kuala Pilah.

Berikut merupakan gambar sepanjang program dijalankan:



kembali ke halaman utama