LATIHAN APLIKASI MOVEs SUKARELAWAN KOSPEN

18 Ogos 2016 | Khamis

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Kuala Pilah bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam dengan jumlah peserta seramai 52 orang terdiri daripada sukarelawan yang menjalankan program KOSPEN. Untuk makluman, program ini bertujuan melatih sukarelawan menggunakan kemudahan Aplikasi MOVEs yang mana memberi peluang dan latihan kepada sukarelawan belajar memasukkan data menggunakan kemudahan internet melalui Aplikasi MOVEs yang telah disediakan oleh Jabatan Kesihatan Kuala Pilah.

Sukarelawan dapat mempelajari kemudahan penggunaan Aplikasi menggunakan internet, selain dapat mempelajari asas komputer melalui kemudahan komputer & internet yang telah Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gentam sediakan.

Tetamu VIP:

Dr.Kamarul Arifin Bin Kamaruddin, Ketua Pasukan iNCD Daerah,Pejabat Kesihatan Kuala Pilah

Berikut merupakan gambar sepanjang program dijalankan:



kembali ke halaman utama