SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

8 Oktober 2016 | Sabtu

Program ini telah dijalankan di perkarangan Sekolah Rendah Kebangsaan Tunku Munawir, Kampung Gentam pada 8 Oktober 2016, Sabtu jam 7.00 pagi hingga 11.15 pagi.Sambutan ini bersempena dengan Hari Sukan Negara yang berlangsung serentak di seluruh Negara. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

Objektif:

1. Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat bermula dari kanak-kanak sehingga warga emas.
2. Memupuk semangat perpaduan dikalangan rakyat menerusi pelbagai aktiviti yang dianjurkan.
3. Mengeratkan silaturrahim diantara peserta yang hadir.

Pengunjung yang hadir:

1. Guru, kakitangan & pelajar Sek Ren Keb Tunku Munawir.
2. Ibu bapa pelajar
3. KEMAS Daerah Kuala Pilah
4. KOSPEN Kg Gentam
5. Penduduk Kg Gentam & Kg Kuala Gentam
6. Petugas Pi1M, Kg Gentam

Berikut merupakan gambar sepanjang program dijalankan:



kembali ke halaman utama