GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID SEMPENA PROGRAM PEMASANGAN BENDERA MALAYSIA

Aktiviti terkini | 06 Ogos 2017

Tempat Aktiviti:
Masjid Kariah Kampung Gentam

Tujuan :
Program ini bertujuan untuk mengeratkan siratilrahim/hubungan di antara Ahli JKK, Penduduk, Ahli KOSPEN dan Petugas Pi1M selain bersama melakukan aktiviti kesihatan bersama Ahli KOSPEN dan membersihkan Masjid Sempena Program Kibaran Bendera Malaysia di Masjid yang akan dibuat pada keesokan harinya.

Kebaikan dan Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memupuk sifat bekerjasama dalam melakukan tugasan yang diberi.Selain mendekatkan diri bersama penduduk kampung.
• Gotong royong adalah satu aktiviti kesihatan yang baik dilakukan.
• Gotong royong bersama menjadikan masjid yang berada bersebelahan Pi1M berada dalam keadaan lebih bersih dan cantik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :