KEMBARA DIGITAL MALAYSIA

Aktiviti terkini | 23 & 24 November 2019

Tempat Aktiviti:
Mini Stadium Kuala Pilah, N. Sembilan

Tujuan :
Program ini mengetengahkan kepentingan internet jalur lebar dan penggunaan teknologi digital kepada pembangunan ekonomi Negara, selain member pendedahan kepada pengguna dalam mengetahui teknologi Digital pada masa kini dan program utama di bawah KKMM, pengisian program yang diadakan sepanjang berlangsungnya program ini termasuk aktiviti pameran berkaitan aplikasi teknologi digital, kerjaya digital, ekonomi digital, mycribbooking, demonstrasi pertanian dan penternakan digital, demonstrasi dan pandu uji dron, ceramah penggunaan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti e-Pembelajaran, e-Dagang dan lain-lain.

Kelebihan Aktiviti :
• KDM juga membuka ruang kepada rakyat untuk menyertai program pembangunan kapasiti yang dilaksanakan oleh kementerian dengan menyasarkan pengunjung yang terdiri daripada pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi, golongan belia dan orang awam.
• Meningkatkan Pendapatan iaitu membuka peluang pekerjaan atau perniagaan baharu kepada belia melalui perniagaan dalam talian yang secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai untuk terlibat sama dalam ekonomi digital.
• Program KDM juga memberi ruang kepada Industri Kecil Sederhana (IKS) tempatan di Kuala Pilah untuk memasarkan produk mereka sepanjang dua hari itu.

Nama VIP :
YB Tuan Haji Eddin Syazlee bin Shith
(Timbalan Menteri Komunikasi & Multimedia Malaysia)

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :