PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN CABARAN REMAJA MASA KINI

Aktiviti terkini |16 April 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Zoom

Ringkasan Aktiviti :
• Program KafeTeen kali ini termasuk slot 60 minit bersama kaunselor dan juga membincangkan berkenaan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh remaja pada masa kini terutama dengan adanya platform media sosial


Tujuan :
• Slot bersama kaunselor kali ini berkongsi berkenaan tajuk komunikasi dimana cara yang sesuai bagi para remaja untuk mengekspresikan emosi-emosi mereka
• Berkongsi berkenaan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh remaja pada masa kini terutama dengan adanya platform media sosial


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program diadakan melalui atas talian, Zoom
• Penerangan berkenaan topik-topik dibawah KafeTeen di terangkan oleh wakil dari pihak Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN), Cik Syazwani & Kaunselor, Pn Solihah Kamaruddin

Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Memberi pendedahan berkenaan emosi-emosi yang dihadapi oleh para remaja zaman kini & cara terbaik untuk mengekspresikan emosi mereka dari sudut yang positif
• Berkongsi maklumat cabaran yang bakal mereka hadapi ketika zaman remaja terutama dengan kehidupan yang serba canggih dimana teknologi hanya dihujung jari.
• Apa kebaikan & keburukan yang mereka akan dapat terutama jika terlampau obses dengan platform media sosial seperti TikTok


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :