PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN, MERDEKA @ PEDI KG GENTAM

Aktiviti terkini |14 Ogos 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Gentam, Balairaya Kampung Gentam

Ringkasan Aktiviti :
• Aktiviti sambutan bulan kemerdekaan akan diadakan bagi mengisi takwin PEDi Kg Gentam tahun 2022.
• Justeru, pihak PEDi mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan kemerdekaan, merdeka @ PEDi Kg Gentam merangkumi aktiviti yang boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur terutama bagi komuniti Kg Gentam sendiri.


Tujuan :
• Memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara terutama dari kalangan kanak-kanak dan belia komuniti setempat.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan berdasarkan ketetapan yang berikut:
• Pelaksanaan : 14 Ogos 2022 (Ahad)
• Tempat : PEDi Kg Gentam, Balairaya Kg Gentam
• Bilangan Peserta : 50 Orang (10 peserta untuk setiap aktiviti)

Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Komuniti setempat dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkannya
• Komuniti setempat dapat mengamalkan hidup bersatu padu antara kaum dan menghayati hari kemerdekaan sepenuhnya
• Mengeratkan hubungan silaturahim di antara semua komuniti setempat yang terlibat dalam program sambutan ini


Nama VIP:
• Ybrs Mohd Aidil Bin Abdullah, Penyelaras DUN Juasseh


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :