PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (JAKM)

Aktiviti terkini |7 - 9 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol

Ringkasan Aktiviti :
• Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) merupakan program yang melibatkan penyertaan kesemua kementerian dan agensi dalam memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.
• Program ini menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat kerana terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak agensi kerajaan dan juga tidak terkecuali agensi swasta.


Tujuan :
• Memberi penerangan kepada komuniti setempat terutamanya berkenaan fungsi dan tugas agensi-agensi kerajaan & swasta disamping meningkatkan ekonomi usahawan kecil


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan berdasarkan ketetapan yang berikut:
• Pelaksanaan : 07 – 09 Oktober 2022 (Jumaat, Sabtu & Ahad)
• Tempat : Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol
• Anggaran Bilangan Kehadiran: 1200 – 2000 Pengunjung

Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Komuniti setempat dapat memahami fungsi setiap agensi kerajaan & perkhidmatan yang ditawarkan
• Dapat meningkatkan taraf ekonomi usahawan kecil dengan adanya booth-booth usahawan yang disediakan oleh pihak penganjur
• Mengeratkan hubungan silaturahim di antara semua komuniti setempat yang terlibat sepanjang Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) ini


Nama VIP:
• YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (Perdana Menteri)


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :