PROGRAM BELIA BELIAWANIS CERDIK KOMPUTER

Aktiviti terkini |10 – 11 September 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Gentam, Balairaya Kampung Gentam

Ringkasan Aktiviti :
• Program belia beliawanis cerdik komputer ini merupakan kolaborasi diantara PEDi Kg Gentam bersama MPKK Kg Kuala Gentam dengan penyertaan seramai 20 orang peserta yang terdiri dari semua peringkat umur iaitu pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, golongan dewasa dan juga pesara


Tujuan :
• Melahirkan generasi celik dan cerdik komputer terutama di kalangan belia & beliawanis Kg Gentam


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program ini dijalankan berdasarkan ketetapan yang berikut:
• Pelaksanaan : 10 – 11 September 2022 (Sabtu & Ahad)
• Tempat : PEDi Kg Gentam, Balairaya Kg Gentam
• Bilangan Peserta : 20 Orang

Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Komuniti setempat dapat mempelajari asas-asas penggunaan komputer dengan tepat dan betul
• Komuniti juga dapat menggunakan ilmu yang dipelajari bagi aktiviti sehariaan seperti menyediakan menulis surat, laporan dan juga penyata kewangan
• Mengeratkan hubungan silaturahim di antara semua komuniti setempat yang terlibat dalam program sambutan ini


Nama VIP:
• Ybrs Mohd Aidil Bin Abdullah, Penyelaras DUN Juasseh


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :