Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Gentam merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Berkeluasan kira-kira 120 ekar atau 4 km persegi yang bermula dari bahagian tepi Sungai Muar (bersebelahan pekan lama Kuala Pilah) sehingga simpang tiga Kampung Beting (berhampiran kubur cina).. Majoriti penduduk adalah dari kaum Melayu yang kebanyakannya menjadi petani (menanam getah dan kelapa sawit) dan kakitangan kerajaan dan swasta. Kampung Gentam sebenarnya telah wujud kira-kira 2 abad yang lalu iaitu bermula pada tahun 1860 lagi. Ianya dibuka oleh orang-orang Minang dari Minang kabau yang diketuai oleh seorang lelaki tua (dikatakan secara lisan berusia 60 tahun pada masa itu) iaitu Gentam. Beliaulah yang mengarahkan agar penempatan dibuat disitu dengan asalnya menanam padi kerana berdekatan dengan sungai. Ini kerana padi merupakan makanan rutin yang penting pada masa itu. Beliau turut membawa lebih ramai penghijrah dari Minangkabau (Pagar Ruyung Sumatera) setelah didapati ianya berhasil. Penghijrah ini kemudian telah bermukim disini dan melahirkan ramai zuriat dan akhirnya kekal menjadi penduduk tetap kampung ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


Sambutan Penutupan Akhir tahun PI1M Gentam

Aktiviti Terkini | 23 - 24 Disember 2016

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli Pusat internet 1 malaysia dan petugas PI1M kg Gentam.... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

September - November 2016 | Berita Terkini


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Pertandingan : Video Kreatif Kesihatan Remaja 2016

Ogos 2016 | Berita Terkini


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Program Pembudayaan ICT Komuniti Luar Bandar Tahun 2016 / Kursus Keusahawanan

Aktiviti Terkini | 28 November 2016

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat luar Bandar dalam penggunaan internet terutama bagi menjana pendapatan dan program ini bertemakan slogan Media Sosial Dalam Menjana Pendapatan... baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA

Aktiviti Terkini | 08 Oktober 2016

Sambutan ini bersempena dengan Hari Sukan Negara yang berlangsung serentak di seluruh Negara. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’... baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI MALAYSIA & KEBANGSAAN

25 September 2016 | Aktiviti Terkini

Sambutan ini bertujuan mengenang kembali jasa tokoh-tokoh berbilang kaum yang telah berjuang untuk tanah air dan membanggunkn Malaysia sehingga ke hari ini melalui aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sambutan... baca selanjutnya

LATIHAN APLIKASI MOVEs SUKARELAWAN KOSPEN

18 Ogos 2016| Aktiviti Terkini

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Kuala Pilah bertujuan melatih sukarelawan menggunakan kemudahan Aplikasi MOVEs... baca selanjutnya

Hari Terbuka Pi1M Kampung Gentam

24 Julai 2016| Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2016 iaitu pada hari ahad, telah berlangsung Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Gentam dengan kerjasama pihak DIGI. Hari terbuka ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 6.00 petang. Pelbagai ... baca selanjutnya

Program Memasak Bubur Lambuk Ramadhan 2016 Bersama JKKK Kg Kuala Gentam

26 Jun 2016| Aktiviti Terkini

Pada 26 Jun 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gentam dengan kerjasama JKKK Kg Kuala Gentam telah mengadakan program memasak bubur lambuk bersempena kedatangan bulan ... baca selanjutnya

Pertandingan Mewarna Sempena Hari Guru Tabika Kemas Kg Gentam

27 Mei 2016| Aktiviti Terkini

Bersempena dengan sambutan hari guru yang disambut di seluruh negara pada 16 Mei 2016, pihak Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam telah mengadakan pertandingan mewarna sempena hari guru bersama para pelajar Tabika Kemas ... baca selanjutnya

Program Susulan KOSPEN Daerah Kuala Pilah

14 April 2016| Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2016, Pejabat Kesihatan daerah Kuala Pilah telah mengadakan aktiviti susulan kospen di Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam. Ini merupakan aktiviti ke-4 yang dijalankan oleh pihak Pejabat Kesihatan ... baca selanjutnya

Program Lawatan Sambil Belajar KOSPEN Kg Som, Pahang

05 Mac 2016| Aktiviti Terkini

Pada 5 Mac 2016, Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam telah dijadikan sebagai pusat hentian lawatan sambil belajar KOSPEN Kg Som, Pahang. Tujuan kedatangan mereka adalah bagi mendengar taklimat dan penerangan berkaitan KOSPEN Kg Gentam ... baca selanjutnya

Program Celik IT: Pelajar Tabika Kemas Kg Gentam

26 Februari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Februari 2016, telah diadakan Program Celik IT anjuran bersama Pusat Internet 1Malaysia Kg Gentam dan juga Tabika Kemas Kg Gentam. Seramai 13 orang pelajar telah hadir termasuk seorang pembantu ... baca selanjutnya

Latihan Aplikasi MOVeS KOSPEN 3.0 & Pemeriksaan Kesihatan Percuma

12 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Latihan ini merupakan program susulan yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan daerah Kuala Pilah dalam memberi latihan dan taklimat baharu berkenaan KOSPEN ... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti