Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Gentam merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Berkeluasan kira-kira 120 ekar atau 4 km persegi yang bermula dari bahagian tepi Sungai Muar (bersebelahan pekan lama Kuala Pilah) sehingga simpang tiga Kampung Beting (berhampiran kubur cina).. Majoriti penduduk adalah dari kaum Melayu yang kebanyakannya menjadi petani (menanam getah dan kelapa sawit) dan kakitangan kerajaan dan swasta. Kampung Gentam sebenarnya telah wujud kira-kira 2 abad yang lalu iaitu bermula pada tahun 1860 lagi. Ianya dibuka oleh orang-orang Minang dari Minang kabau yang diketuai oleh seorang lelaki tua (dikatakan secara lisan berusia 60 tahun pada masa itu) iaitu Gentam. Beliaulah yang mengarahkan agar penempatan dibuat disitu dengan asalnya menanam padi kerana berdekatan dengan sungai. Ini kerana padi merupakan makanan rutin yang penting pada masa itu. Beliau turut membawa lebih ramai penghijrah dari Minangkabau (Pagar Ruyung Sumatera) setelah didapati ianya berhasil. Penghijrah ini kemudian telah bermukim disini dan melahirkan ramai zuriat dan akhirnya kekal menjadi penduduk tetap kampung ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


JAMUAN AKHIR TAHUN

Aktiviti Terkini | 24 Disember 2017

Program ini bertujuan mengumpulkan ahli Pi1M yang sedia ada dan mengeratkan hubungan diantara petugas dan ahli Pi1M selain didedahkan dengan aktiviti Klik Dengan Bijak....baca selanjutnya

KURSUS KEUSAHAWANAN DESA

Aktiviti Terkini | 08 November 2017

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pengusaha desa dalam mencuba perniagaan baru dalam penglibatan penghasilan air kacang soya selain dapat mengikuti kursus penghasilan baja organic bagi yang gemar bercucuk tanam dan bagi pengusaha buah-buahan tempatan....baca selanjutnya

Program Bersama Pelajar & Pensyarah UITM Beting & UITM Rembau

Aktiviti Terkini | 07 Oktober 2017

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan berhubung Kemudahan & Faedah penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia di seluruh Malaysia disamping pelajar dapat berkongsi maklumat berhubung Pi1M kepada pelajar-pelajar lain....baca selanjutnya

PROGRAM GEGAR 10,000 LANGKAH MERDEKA

Aktiviti Terkini | 10 September 2017

Program ini bertujuan untuk mengeratkan siratulrahim/hubungan di antara Ahli JKK, Penduduk, Ahli KOSPEN dan Petugas Pi1M selain bersama melakukan aktiviti kesihatan bersama Ahli KOSPEN dalam aktiviti larian 10,000 langkah dan pelbagai aktiviti kesihatan serta pendedahan berhubung masalah kesihatan....baca selanjutnya

GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID SEMPENA PROGRAM PEMASANGAN BENDERA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 06 Ogos 2017

Program ini bertujuan untuk mengeratkan siratilrahim/hubungan di antara Ahli JKK, Penduduk, Ahli KOSPEN dan Petugas Pi1M selain bersama melakukan aktiviti kesihatan bersama Ahli KOSPEN dan membersihkan Masjid Sempena Program Kibaran Bendera Malaysia di Masjid yang akan dibuat pada keesokan harinya....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M

Aktiviti Terkini | 30 Julai 2017

Program ini bertujuan mendekatkan hubungan diantara komuniti setempat dengan Pusat Internet Kg Gentam di bawah DIGI melalui kerjasama JKKK Kg Gentam, KOSPEN, Tabika Kg Gentam dan Ahli Masjid Kariah Kg Gentam....baca selanjutnya

Program Memasak Wajik Anjuran Pi1M Kg Gentam & JKKK Kuala Gentam

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2017

Program ini diadakan bersempena bulan ramadhan dan menanti ketibaaan syawal dan aktiviti ini dijalankan agar dapat mengeratkan hubungan diantara petugas Pi1M dan juga ahli JKKK kampung. ...baca selanjutnya

Program Gaya Hidup Sihat

Aktiviti Terkini | 03 Mei 2017

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada Masyarakat dan komuniti setempat berhubung Gaya Hidup Sihat melalui aktiviti yang dijalankan melalui perkhidmatan saringan dan aktiviti luaran yang melibatkan aktiviti kesihatan....baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN MASJID

Aktiviti Terkini | 02 April 2017

Program ini bertujuan untuk mengeratkan siratilrahim/hubungan di antara Ahli JKK, Para Pelajar Sek Men Sains Tunku Jaafar dan Petugas Pi1M selain dapat mendekatkan diri kepada pelajar dan menarik minat pelajar berkungjung ke Pi1M Kg Gentam....baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 31 Mac 2017

Program ini bertujuan untuk member pendedahan dan pengetahuan kepada pengguna berhubung penggunaan internet dengan betul dan kebaikan serta keburukan internet....baca selanjutnya

Program Merwarna KDB

Aktiviti Terkini | 27 Februari 2017

Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara Pusat Internet Kg Gentam dan pihak Tabika Kg Gentam disamping dapat mendedahkan murid dengan aktiviti Pusat Internet 1 Malaysia Kg Gentam....baca selanjutnya

Program Panduan Keselamatan Melayari Internet

Aktiviti Terkini | 31 Januari 2017

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar atau pengguna panduan keselamatan semasa melayari Internet....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti