Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Gentam merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Berkeluasan kira-kira 120 ekar atau 4 km persegi yang bermula dari bahagian tepi Sungai Muar (bersebelahan pekan lama Kuala Pilah) sehingga simpang tiga Kampung Beting (berhampiran kubur cina).. Majoriti penduduk adalah dari kaum Melayu yang kebanyakannya menjadi petani (menanam getah dan kelapa sawit) dan kakitangan kerajaan dan swasta. Kampung Gentam sebenarnya telah wujud kira-kira 2 abad yang lalu iaitu bermula pada tahun 1860 lagi. Ianya dibuka oleh orang-orang Minang dari Minang kabau yang diketuai oleh seorang lelaki tua (dikatakan secara lisan berusia 60 tahun pada masa itu) iaitu Gentam. Beliaulah yang mengarahkan agar penempatan dibuat disitu dengan asalnya menanam padi kerana berdekatan dengan sungai. Ini kerana padi merupakan makanan rutin yang penting pada masa itu. Beliau turut membawa lebih ramai penghijrah dari Minangkabau (Pagar Ruyung Sumatera) setelah didapati ianya berhasil. Penghijrah ini kemudian telah bermukim disini dan melahirkan ramai zuriat dan akhirnya kekal menjadi penduduk tetap kampung ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


JAMUAN AKHIR TAHUN

Aktiviti Terkini | 30 Disember 2018

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara petugas pusat internet dan serta Ahli Pusat Internet yang lama mahupun baru, Selain dapat mengumpul semula Ahli Pusat internet yang lama berkunjung semula ke pusat internet....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK TUNKU KURSIAH

Aktiviti Terkini | 16 November 2018

Program Advokasi ini bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak/pelajar berhubung aspek keselamatan dalam penggunaan internet. Selain memberi pendedahan berhubung masalah serta gejala yang melibatkan bahaya internet kepada pelajar....baca selanjutnya

KEMPEN KESELAMATAN KANAK-KANAK SAHABAT B.I.J.A.K 'SAFE AND PROTECT'

Aktiviti Terkini | 25 Oktober 2018

Kempen Keselamatan Kanak-kanak Sahabat B.I.J.A.K 'Safe and Protect' ini bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak/pelajar berhubung aspek keselamatan kanak-kanak, memberi pendedahan literasi undang-undang, penderaan, penganiayaan, keganasan dan eksploitasi. Selain memberi pendedahan berhubung masalah serta gejala yang melibatkan bahaya internet kepada pelajar....baca selanjutnya

PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI BERSAMA TABIKA KEMAS KG GENTAM

Aktiviti Terkini | 29 September 2018

Program Roadshow ini bertujuan menjual phone vivo melalui promosi harga rendah & percuma pakej internet yang berbaloi selain melakukan pelbagai aktiviti/program sekeluarga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk / komuniti Kg Gentam dan warga Pusat Internet Kg Gentam....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 18 - 19 September 2018

Kursus ini melibatkan 27 Pusat Internet. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM QURBAN PERDANA

Aktiviti Terkini | 23 Ogos 2018

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara penduduk/komuniti Kg Gentam dalam menjalankan ibadah korban dengan bersama dan saling membantu antara satu sama lain sepanjang aktiviti dijalankan....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI - MEWARNA TABIKA

Aktiviti Terkini | 27 Julai 2018

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara petugas pusat internet dan guru serta murid tabika kemas dan petugas berpeluang memberi pendedahan kepada murid-murid penggunaan & kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Gentam...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA PUSAT INTERNET KG GENTAM

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2018

Jamuan Hari Raya Ini bertujuan mengeratkan hubungan antara petugas pusat internet dan ahli selain menarik minat tetamu yang hadir bersama menjadi ahli di Pusat Internet Kg Gentam....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI SK KUALA PILAH

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2018

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan terutama kepada para pelajar berkenaan apa itu program Klik dengan Bijak dan apa kesan penggunaan internet jika tidak digunakan dengan betul. Selain pelajar didedahkan dengan video pendek kesan daripada penggunaan internet secara tidak betul....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI: ‘OLD PHONE, NEW LIFE’

Aktiviti Terkini | 27 April 2018

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pengguna berhubung cara perlupusan telefon bimbit dengan betul dan pengguna didedahkan kepada bahayanya perlupusan telefon bimbit kepada alam sekitar sekiranya tidak dilakukan dengan betul. Selain itu pengguna juga diberi pendedahan berhubung kaedah perlupusan telefon bimbit melalui kotak yang disediakan oleh MCMC....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SK TUNKU MUNAWIR

Aktiviti Terkini | 09 Mac 2018

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan terutama kepada para pelajar berkenaan apa itu program Klik dengan Bijak dan apa kesan penggunaan internet jika tidak digunakan dengan betul....baca selanjutnya

MINI KONVENSYEN KOSPEN DAERAH KUALA PILAH

Aktiviti Terkini | 14 Februari 2018

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengetahuan berhubung Masalah kesihatan dan peserta yang hadir dapat melihat Persembahan Lisan dan poster yang dikongsi melalui semua KOSPEN yang mewakili daerah kuala pilah. Selain itu kemudahan dan sumbangan dari Pusat internet 1 Malaysia Kg Gentam diberi sijil pengiktirafan dari Jabatan Kesihatan kerana telah terlibat sama dalam program KOSPEN yang dipertandingkan....baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2018

Program ini bertujuan memberi peluang dan pendedahan kepada kanak-kanak Tabika Kemas Kg Gentam menggunakan kemudahan di Pi1M Kg Gentam selain belajar menggunakan Komputer yang disediakan....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti