Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Gentam merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Berkeluasan kira-kira 120 ekar atau 4 km persegi yang bermula dari bahagian tepi Sungai Muar (bersebelahan pekan lama Kuala Pilah) sehingga simpang tiga Kampung Beting (berhampiran kubur cina). Majoriti penduduk adalah dari kaum Melayu yang kebanyakannya menjadi petani (menanam getah dan kelapa sawit) dan kakitangan kerajaan dan swasta.

Kampung Gentam sebenarnya telah wujud kira-kira 2 abad yang lalu iaitu bermula pada tahun 1860 lagi. Ianya dibuka oleh orang-orang Minang dari Minang kabau yang diketuai oleh seorang lelaki tua (dikatakan secara lisan berusia 60 tahun pada masa itu) iaitu Gentam. Beliaulah yang mengarahkan agar penempatan dibuat disitu dengan asalnya menanam padi kerana berdekatan dengan sungai. Ini kerana padi merupakan makanan rutin yang penting pada masa itu. Beliau turut membawa lebih ramai penghijrah dari Minangkabau (Pagar Ruyung Sumatera) setelah didapati ianya berhasil. Penghijrah ini kemudian telah bermukim disini dan melahirkan ramai zuriat dan akhirnya kekal menjadi penduduk tetap kampung ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE (TERBUKA SELURUH NEGERI - SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH)

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2020

Program ini dibuat bertujuan memperkenalkan PIK kepada masyarakat luar juga berlainan negeri serta mengeratkan hubungan di antara petugas dan peserta dalam aktiviti yang dijalankan....baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN (KDB) BIJAK SECARA ONLINE

Aktiviti Terkini | 15 November 2020

Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) kali ini bertujuan untuk member penerangan berkenaan asas klik dengan bijak...baca selanjutnya

BENGKEL PEMBANGUNAN USAHAWAN & LAWATAN PENGARAH MCMC.(LAWATAN NSSO KE PUSAT INTERNET KG GENTAM)

Aktiviti Terkini | 8 Oktoberr 2020

Bengkel Pembangunan Usahawan ini diadakan bertujuan melatih para usahawan menggunakan Aplikasi Motion Ninja ...baca selanjutnya

BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA MYTB VOL. 3.

Aktiviti Terkini | 24 September 2020

Program ini bertujuan melatih pembantu perubatan dalam mengemaskini data MyTB & Kusta menggunakan kemudahan computer dan internet di Pusat Internet....baca selanjutnya

PROGRAM MEWARNA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2020

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara PI Kg Gentam dan guru serta murid-murid tabika kg gentam serta murid dapat menyambut hari kemerdekaan bersama PI dalam aktiviti yang dijalankan....baca selanjutnya

BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA MYTB VOL. 2.

Aktiviti Terkini | 28 Julai 2020

Program ini bertujuan melatih pembantu perubatan dalam mengemaskini data MyTB menggunakan kemudahan computer dan internet di Pusat Internet....baca selanjutnya

BENGKEL PENGEMASKINIAN DATA MYTB & MYKUSTA

Aktiviti Terkini |25 Jun 2020

Program ini bertujuan melatih pembantu perubatan dalam mengemaskini data MyTB dan MyKusta menggunakan kemudahan computer dan internet di Pusat Internet....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020...baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini |23 Februari 2020

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada kanak-kanak dan pelajar berhubung masalah penipuan Internet dan juga buli siber yang sering berlaku pada masa kini....baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2020

Program ini bertujuan mengumpul komuniti belia dan juga pertengahan bersama membersihkan perkarangan kampung dan juga menceriakan balairaya serta mengeratkan hubungan antara sesama komuniti. Selain dapat bekerjasama antara satu sama lain....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti