Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Gentam merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Berkeluasan kira-kira 120 ekar atau 4 km persegi yang bermula dari bahagian tepi Sungai Muar (bersebelahan pekan lama Kuala Pilah) sehingga simpang tiga Kampung Beting (berhampiran kubur cina). Majoriti penduduk adalah dari kaum Melayu yang kebanyakannya menjadi petani (menanam getah dan kelapa sawit) dan kakitangan kerajaan dan swasta.

Kampung Gentam sebenarnya telah wujud kira-kira 2 abad yang lalu iaitu bermula pada tahun 1860 lagi. Ianya dibuka oleh orang-orang Minang dari Minang kabau yang diketuai oleh seorang lelaki tua (dikatakan secara lisan berusia 60 tahun pada masa itu) iaitu Gentam. Beliaulah yang mengarahkan agar penempatan dibuat disitu dengan asalnya menanam padi kerana berdekatan dengan sungai. Ini kerana padi merupakan makanan rutin yang penting pada masa itu. Beliau turut membawa lebih ramai penghijrah dari Minangkabau (Pagar Ruyung Sumatera) setelah didapati ianya berhasil. Penghijrah ini kemudian telah bermukim disini dan melahirkan ramai zuriat dan akhirnya kekal menjadi penduduk tetap kampung ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


FB LIVE: PENGAJARAN 2: SHOPEE ADS BASIC PART 1 & 2

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2021

Perkongsian kali ini merupakan sambungan pengajaran mengenai asas pengiklanan produk di Shopee. Pengisian ini diadakan melalui Facebook page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Gentam bersama-sama dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg LB Johnson....baca selanjutnya

“ PENGAJARAN 1: SHOPEE BASIC PART 1 & 2”

Aktiviti Terkini | 17 November 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg Gentam bersama-sama dengan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kg LB Johnson. Perkongsian kali ini adalah berkenaan dengan pengenalan asas perniagaan melalui platform E-Commerce, Shopee...baca selanjutnya

“ JOM EXPLORE CANVA.COM”

Aktiviti Terkini | 27 Oktober 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook page Pusat Internet Komuniti Kg Gentam. Pengisian kali ini adalah berkenaan dengan kemudahan yang disediakan di platform Canva.com...baca selanjutnya

“ MENARIK DI KUALA PILAH PART 1”

Aktiviti Terkini | 19 September 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook page Pusat Internet Komuniti Kg Gentam. Pengisian kali ini adalah berkenaan dengan tempat-tempat menarik yang berada di daerah Kuala Pilah ...baca selanjutnya

“ SANTAI-SANTAI KUIZ MERDEKA”

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2021

Pengisian ini diadakan melalui Facebook page Pusat Internet Komuniti Kg LB Johnson dengan kerjasama/kolaborasi bersama petugas Pusat Internet Komuniti Kg Gentam. Pengisian kali ini adalah bersempena sambutan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-64...baca selanjutnya

TOPIK : BERNIAGA ONLINE DI PLATFORM LAZADA

Aktiviti Terkini | 7 Julai 2021

Live atau Program ini bertujuan berkongsi cara untuk menggunakan salah satu platform e-dagang iaitu Lazada...baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI TOPIK : SUDAHKAH ANDA MENDAFTAR VAKSIN

Aktiviti Terkini | 20 Jun 2021

Live atau Program ini bertujuan memberi pendedahan khususnya kepada orang ramai Berkenaan apa itu vaksin dan kepentingan pengambilan vaksin bagi melawan wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini....baca selanjutnya

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK 2.0 ANJURAN MPKK KG GENTAM BERSAMA MASJID KARIAH KG GENTAM, PUSAT INTERNET KOMUNITI KG GENTAM, MPKK KG TANJUNG JATI & MPKK TAMAN FATIMAH PERMAI

Aktiviti Terkini | 8 Mei 2021

Menjadi kebiasaan bagi penduduk di Kg Gentam untuk memasak Bubur Lambuk apabila tibanya bulan ramadhan...baca selanjutnya

PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK ANJURAN MPKK KG GENTAM BERSAMA MASJID KARIAH KG GENTAM & PUSAT INTERNET KOMUNITI KG GENTAM

Aktiviti Terkini | 24 April 2021

Menjadi kebiasaan bagi penduduk di Kg Gentam untuk memasak Bubur Lambuk apabila tibanya bulan ramadhan....baca selanjutnya

PENGAJARAN SIRI MICROBIT: PENGAJARAN 4 & 5

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2021

Live atau program kali ini adalah bertujuan untuk penyambung semula sesi pengajaran asas microbit...baca selanjutnya

PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR)

Aktiviti Terkini | 19 Febuari 2020

Live atau Program ini bertujuan memberi pendedahan khususnya kepada pelajar dan ibu bapa mengetahui apa itu Pembelajaran di rumah (PdPR), yang kini dijalankan di seluruh Malaysia....baca selanjutnya

CARA UNTUK MENDAFTAR/UPDATE WHATSAPP FOR BUSINESS

Aktiviti Terkini | 7 Januari 2021

Live atau Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada umum atau semua tentang Langkah-langkah bagi mendaftar/update whatsapp untuk tujuan perniagaan/business....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti