Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Kampung Gentam merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak kira-kira 3 kilometer dari pekan Kuala Pilah. Berkeluasan kira-kira 120 ekar atau 4 km persegi yang bermula dari bahagian tepi Sungai Muar (bersebelahan pekan lama Kuala Pilah) sehingga simpang tiga Kampung Beting (berhampiran kubur cina). Majoriti penduduk adalah dari kaum Melayu yang kebanyakannya menjadi petani (menanam getah dan kelapa sawit) dan kakitangan kerajaan dan swasta.

Kampung Gentam sebenarnya telah wujud kira-kira 2 abad yang lalu iaitu bermula pada tahun 1860 lagi. Ianya dibuka oleh orang-orang Minang dari Minang kabau yang diketuai oleh seorang lelaki tua (dikatakan secara lisan berusia 60 tahun pada masa itu) iaitu Gentam. Beliaulah yang mengarahkan agar penempatan dibuat disitu dengan asalnya menanam padi kerana berdekatan dengan sungai. Ini kerana padi merupakan makanan rutin yang penting pada masa itu. Beliau turut membawa lebih ramai penghijrah dari Minangkabau (Pagar Ruyung Sumatera) setelah didapati ianya berhasil. Penghijrah ini kemudian telah bermukim disini dan melahirkan ramai zuriat dan akhirnya kekal menjadi penduduk tetap kampung ini.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN MEWARNA PELAJAR TABIKA KEMAS KAMPUNG GENTAM

Aktiviti Terkini | 2 Disember 2022

Petandingan mewarna ini merupakan program terakhir bersama Tabika Kemas Kg Gentam bagi tahun 2022...baca selanjutnya

LAWATAN KERJA PENGARAH MCMC NEGERI SEMBILAN & PAMERAN PRODUK USAHAWAN PEDI KG GENTAM

Aktiviti Terkini | 2 November 2022

Program Lawatan kerja ini melibatkan Pengarah MCMC Negeri Sembilan, En Khairilnaim bersama delegasi MCMC beserta pameran produk usahawan PEDi Kg Gentam...baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (JAKM)

Aktiviti Terkini | 7 - 9 Oktober 2022

Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) merupakan program yang melibatkan penyertaan kesemua kementerian dan agensi dalam memulihkan semula ekonomi dan kehidupan rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Program ini menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat kerana terdapat pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak agensi kerajaan dan juga tidak terkecuali agensi swasta....baca selanjutnya

PROGRAM BELIA BELIAWANIS CERDIK KOMPUTER

Aktiviti Terkini | 10 – 11 September 2022

Program belia beliawanis cerdik komputer ini merupakan kolaborasi diantara PEDi Kg Gentam bersama MPKK Kg Kuala Gentam dengan penyertaan seramai 20 orang peserta yang terdiri dari semua peringkat umur iaitu pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, golongan dewasa dan juga pesara...baca selanjutnya

PROGRAM SAMBUTAN KEMERDEKAAN, MERDEKA @ PEDI KG GENTAM

Aktiviti Terkini | 14 Ogos 2022

Aktiviti sambutan bulan kemerdekaan akan diadakan bagi mengisi takwin PEDi Kg Gentam tahun 2022. Justeru, pihak PEDi mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan kemerdekaan, merdeka @ PEDi Kg Gentam merangkumi aktiviti yang boleh disertai oleh pelbagai peringkat umur terutama bagi komuniti Kg Gentam sendiri....baca selanjutnya

FB LIVE: PROGRAM MENAMBAH BAIK PRESTASI KEDAI SHOPEE ANDA PART 1 & 2

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2022

Perkongsian kali ini merupakan ringkasan kepada pengajaran yang pernah disampaikan oleh pihak PEDi Kg Gentam Bersama PEDi Kg LB Johnson yang bertajuk program-program yang boleh dilaksanakan bagi menambah baik prestasi kedai Shopee...baca selanjutnya

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

Aktiviti Terkini | 4 & 12 Jun 2022

Kursus latihan pengendali makanan kali ini adalah khas bagi mereka @ peniaga yang terlibat dalam bidang makanan...baca selanjutnya

FB LIVE: SHOPEE PENGAJARAN 6: LISTING VIOLATION PART 3 & 4

Aktiviti Terkini | 19 & 20 Mei 2022

Perkongsian kali ini merupakan sambungan kepada pengajaran Shopee bertajuk, Listing Violation @ Pelanggaran Penyenaraian. Pengisian ini diadakan melalui Facebook page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Gentam bersama-sama dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg LB Johnson....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN CABARAN REMAJA MASA KINI

Aktiviti Terkini | 16 April 2022

Program KafeTeen kali ini termasuk slot 60 minit bersama kaunselor dan juga membincangkan berkenaan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh remaja pada masa kini terutama dengan adanya platform media sosial...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN TANGGUNGJAWAB SEKSUAL REMAJA

Aktiviti Terkini | 11 Mac 2022

Program KafeTeen kali ini membincangkan berkenaan tanggungjawab seksual terutama di kalangan remaja. Program ini dipecahkan kepada dua topik iaitu seksualiti – nilai dan tanggungjawab & tanggungjawab seksual...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN & REMAJA

Aktiviti Terkini | 6 Februari 2022

Program KafeTeen ini merupakan inisiatif jaringan kolaborasi di antara Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Malaysia (LPPKN) dan MCMC bagi program advokasi di Pusat Ekonomi Keluarga Digital (PEDi). Program ini turut disertai oleh wakil dari PEDi Kg Jemapoh. Sasaran utama program advokasi ini adalah golongan remaja yang berumur dari 13-24 tahun dimana mereka akan didedahkan dengan gaya hidup sihat dan positif...baca selanjutnya

FB LIVE: PENGAJARAN 3: OPTIMIZE PRODUCT LISTING PART 1 & 2

Aktiviti Terkini | 12 & 13 Januari 2022

Perkongsian kali ini ialah menunjukkan cara untuk mengoptimumkan senarai produk jualan di Shopee. Pengisian ini diadakan melalui Facebook page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Gentam bersama-sama dengan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg LB Johnson....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti